Penjelasan mengenai jadual berkala Jadual_berkala

Jumlah atom kerangka elektron menentukan golongan kala yang mana ia berada. Setiap kerangka terbahagi kepada beberapa subkerangka (subshells), yang mana apabila nombor atom meningkat mengisi secara kasar susunan yang berikut:

Subpetala:SGFDP
Kala
11s
22s2p
33s3p
44s3d4p
55s4d5p
66s4f5d6p
77s5f6d7p
88s5g6f7d8p


Dengan itu terbentuk struktur jadual. Oleh kerana elektron paling luar akan menentukan ciri-ciri kimia, ia cenderung serupa dalam sesuatu kumpulan. Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri-ciri fizikal yang serupa, walaupun mempunyai jisim yang berbeza. Unsur yang bersebelahan dalam jadual mempunyai jisim serupa tetapi ciri-ciri berlainan.

Sebagai contoh, berhampiran dengan nitrogen (N) dalam kala kedua jadual berkala unsur adalah karbon (C) dan oksigen (O). Walaupun unsur-unsur tersebut mempunyai jisim yang hampir serupa (ia berbeza hanya beberapa unit jisim atom), ia mempunyai sifat-sifat yang amat berbeza, sebagaimana yang boleh dilihat dengan melihat alotrop mereka: diatomic oksigen adalah gas yang menyokong pembakaran, diatomic nitrogen adalah gas yang tidak menyokong pembakaran, dan karbon adalah pepejal yang boleh dibakar (ya, berlian boleh dibakar!).

Sebaliknya, amat hampir kepada klorin (Cl) dalam kumpulan hampir akhir dalam jadual (halogen) adalah fluorin (F) dan bromin (Br).Walaupun terdapat perbezaan jisim yang ketara di antara setiap unsur dalam kumpulan tersebut, alotrop-alotropnya mempunyai sifat yang serupa:Semuanya bersifat mengkakis (semuanya bertindak balas dengan logam untuk membentuk garam logam halida); klorin dan fluorin adalah gas, sementara bromin mempunyai titik didih cecair yang amat rendah; klorin dan bromin mempunyai warna.